Custom Search

Kegiatan Usahasama

Project usahasama yang telah dijalankan:

Projek Mengapai Sinaran (KGMS-MCYS-YDN MENDAKI)

Pada tanggal 17 Mac 2007 , bertempat di Maktab Rendah Tempines, Projek Menggapai Sinaran telah dilancarkan oleh tertamu kehormat,Setiausaha Parlimen kanan bagi pendidikan,Encik Masagos Zulkifli.Pelancaran tersebut dihadiri oleh kira-kira 200 orang guru Bahasa Melayu daripada 100 buah sekolah menengah di Singapura.Projek Menggapai Sinaran ini merupakan usahasama antara KGMS dengan kementerian pembangaunan masyarakat,belia dan sukan(MCYS).Selain melibatkan tenaga ahli jawatankuasa pengelola KGMS sebagai pengkaji dan penulis bahan, projek ini juga telah mewujudkan kerjasama dangan pehak MCYS dan rangkaian pembangunan belia (YDN).Projek ini dibina untuk menerapkan penggunaan bahan autentik dalam pegajaran dan pembelajaran bilik darjah.Pakej pengajaran dan pembelajaran yang disediakan bertujuan untuk bertindak sebagai agen sosialisasi para pelajar Melayu.

Program Sekolah Gerek (KGMS-Clubilya-SURIA-MCYS)

Program Seolah Gerek telah dilancarkan pada hari rabu 22 Mac 2006 di sekolah Menegah Bedok Town.Program ini merupakan anjuran bersama Clubilya dan kesatuan guru-guru melayu singapura dengan kerja sama saluran televisyen Mediacorp TV12.Tetamu kehormat pada itu ialah Dr Yaacob Ibrahim, Mentri Persekitaran dan sumber Air dan Mentri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.Program ini telah dimulakan pada awal bulan Mac 2006 and akan dijalankan di 10 buah sekolah menegah dan Institusi Pendidikan Teknikal (ITE).

Tahu Nahu (KGMS-SURIA)

KGMS telah menjadi Konsultan kepada pihak Suria untuk menyemak kandungan rancangan "Tahu Nahu".Kepakaran KGMS diperlukan bagi memastikan rancangan pendidikan ini selaras dengan ilmu bahasa Melayu.Khalayak sasar bagi rancangan yang bermula dari Disember 2007 ini ialah pelajar sekolah rendah yang mengambil subjek Bahasa Melayu.

Titian Minda (KGMS-SURIA)

KGMS telah bertindak sebagai nara sumber bagi mencadangkan pakar bahasa Melayu untuk menjadi hakim bagi program bahas ini.Titian minda merupakan program yang tertakluk bawah memorandum persefahaman antara Singapura dengan Brunei.Pada 2007,rancangan bahas ini telah diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Potret Bahasa (KGMS-SURIA)

KGMS telah berkerjasama dengn pihak Suria untuk menghasilkan rencangan Potret Bahasa dengan menyediakan kandungannya.Rancangan ini menyentuh penggunaan bahasa Melayu yang baik.Potret bahasa ini disiarkan di salauran Suria sebagai selingan sebanyak tujuh kali sehari selama 15 saat setiap siaran.Rancangan ini mempunyai 36 siri yang disiarkan dari Ogos hingga Oktober 2007.Rancangan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran berbahasa dengan baik kepada orang ramai.Kandungan yang disediakan oleh KGMS telah disertakan dalam majalah Manja dan dinaikmuatkan ke lelaman suria.
Sila tekan tetikus anda disini untuk melihat kandungan Potret Bahasa di lelaman Suria.

Projek Peningkatan Profesional (KGMS-Universiti Sains Malaysia)

Kerjasama antara KGMS dengan Universiti Sains Malaysia untuk mengadakan berbagai program bagi menaik taraf program ijazah, sarjana dan lain program bantu diri.