Kesatuan Guru-Guru Melayu
Singapura
Singapore Malay Teachers' Union
RANGGUMAS-Rangkaian Guru Emas KGMS
Bersempena dengan sambutan Majlis Makan Malam 2008 KGMS dengan kerjasama para guru pesara telah melancarkan RANGGUMAS atau Rangkaian Guru Emas pada 26 Oktober 2008 di Auditorium, OnePeople Sg.
Tujuan penubuhan rangkaian tersebut ialah untuk melibatkan para guru pesara yang bergiat aktif di dalam bidang masing-masing setelah bersara dengan rangkaian KGMS.
Rangkaian ini telah dikenalpasti 3 bidang yang telah diceburi oleh para guru pesara kita dan ini ia itu: bidang Keusahawanan, Sosial dan Pendidikan dan objektif penubuhan RANGGUMAS ialah sebagai wadah:
Rujukkan kepada para pengguna baik ahli atau bukan ahli KGMS yang ingin melanggani perniagaan yang ditawarkan.
Rujukkan dalam bidang Sosial dan Pendidikan,
Jaringan sosial untuk para guru pesara berinteraksi di antara satu sama lain; dan
untuk mendapatkan matlumat terkini mengenai perkembangan dan kegiatan para guru-guru pesara.
Konsep: Penyatuan kegiatan Guru-Guru Pesara dengan KGMS dalam usaha untuk melebarluaskan jaringan dengan masyarakat.
Selain daripada produk-produk yang mereka tawarkan, ada yang terlibat di dalam bidang perkhidmatan (pendidikan) – bidang penulisan kreatif (genre: cerpen, sajak, novel, essei), mengajar Bahasa/Sastera dan bidang sosial (kerja-kerja kemasyarakatan – berhidmat di rumah orang-orang tua, di masjid-masjid, badan-badan sukarela).
Sebahagian daripada guru-guru pesara yang kini melibatkan di dalam 3 bidang:
Bidang Keusahawan:
Cikgu Abdollah Lamat - bergiat di dalam produk kesihatan dan mewakili Syarikat Elken yang memasarkan produk kesihatan menerusi skim MLM.
Cikgu Mohamad Ahmad – bergiat di dalam bidang insuransi dan hartanah selepas persaraan nya dan mewakili HSR Property Syarikat dan NTUC INCOME Beliau seorang pakar dalam bidang penjualan/pembelian hartanah seperti flet HDB, kondominium, rumah privet dan pejabat. Dalam bidang insuransi, beliau memasarkan produk insuransi nyawa, keluarga, kenderaan annuiti, endowment, growth fund, education, living, dsbnya. Hubungi beliau di talian 9625-6725.
Cikgu Ahmad Affandi Jamari – bergiat di dalam bidang perniagaan bahan-bahan kesihatan dan produk rekaan sendiri dan beroperasi di kawasan Geylang Serai.
Bidang Pendidikan:
Cikgu Mohd Latiff Mohd – Bekas guru dan sasterawan terkenal yang memenangi banyak hadiah-hadiah sastera seperti Hadiah Sastera (1974) Anugerah Sastera Monthblanc-NUS (1998) dan seorang penerima S.E.A Writers’ Awards, 2002.
Cikgu Mohd Noor bin Mohd Yusofe (Yusnof EF), penerbit rancangan television untuk ASTRO PRIMA – program-program nostalgia, sejarah, seni dan drama.
Sedia memberi ceramah di dalam bidang musik dan bahasa lebih-lebih lagi dalam perkembangan muzik dan filem Melayu, P Ramlee dan karyanya.
Bidang Sosial:
Cikgu Sujak Ahmad – Penglibatan dengan masalah sosial seperti penderaan, dan lain lain lagi.
Rangkaian ini akan bergerak maju dengan sokongan para anggota/ahli KGMS demi untuk mempertingkatkan ekonomi, pendidikan dan ikatan sosial para guru-guru pesara dengan masyarakat.
Jika anda terlibat di dalam salah satu usaha, hubungilah KGMS – Kesatuan anda!!
Berikanlah kami keterangan lanjut mengenai:
a)Bidang yang anda ceburi;
b)Nyatakan barang-barang atau perkhidmatan anda;