Custom Search

KEGIATAN LEPAS KGMS

MAJLIS MAKAN MALAM HARI GURU, MERAIKAN GURU-GURU PESARA DAN PERJUMPAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008

Telah di adakan pada: Ahad, 26 Oktober 2008
Oditorium, OnePeople.sg
381 Toa Payoh, Lorong 1
Singapura 319758
Masa: 7.30 – 10.30 malam
MAJLIS PELANCARAN:

RANGKAIAN GURU-GURU EMAS (RANGGUMAS)

RANGKAIAN GURU-GURU EMAS (RANGGUMAS) merupakan suatu usaha kerjasama di antara guru-guru pesara yang bergiat aktif di dalam bidang: Keusahawanan, Pendidikan dan Sosial dengan KGMS. Rangkaian ini memaklumkan bidang-bidang yang mereka ceburi dan menawarkan perkhidmatan/produk kepada para anggota KGMS di bawah satu bumbung.
Cikgu Mohd Thahirruddin menerajui RANGGUMAS

ANGKATAN MUDA – KGMS (AM-KGMS)

ANGKATAN MUDA – KGMS(AM-KGMS) ditubuhkan untuk mencapai citarasa golongan muda yang berdepan dengan era globalisasi, sunia tanpa sempadan yang serba pantas dan mencabar – baik di peringkat kekaryawanan mahu pun kekelurgaan.
ANGKATAN MUDA – KGMS (AM-KGMS) melambangkan suatu pergerakan yang dinamis, penuh bertenaga dan dilambangkan sebagai:
nadi pengerak yang mempelopori gerakkan dan kegiatan semasa;
tenaga gerakan pelapis yang bakal merajui kepimpinan;
lambang gerakkan terkini, penuh bertenaga, berwibawa dan berkarismatik
Cikgu Mohd Nor Md Hussain mereajui AM-KGMS

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KESEFAHAMAN DI ANTARA KGMS DENGAN JAMIYAH, SINGAPURA, 2008

Malam itu juga menyaksikan upacara menandatangi Memorandum Kesefahaman di antara KGMS dengan JAMIYAH yang membawa era baru usaha kerjasama KGMS dan JAMIYAH di dalam bidang Sosial.
Akan Datang:

Seminar Antara Bangsa dalam Komunikasi Era Globalisasi

1 – 3 Disember 2008
Dewan Mahyuddin, Universiti Malaya
Trengganu

24th Asean Council of Teachers (ACT) Convention

12-16 Disember 2008
Udon Thani, Thailand

Seminar Serantau Pendidikan Bahasa Malaysia/Indonesia

21-25 Disember 2008
Padang, Indonesia