Custom Search

Kegiatan Lepas KGMS-Bulan Februari 2009

Sembang Cendekia Pertama bersama Dr. Muhammad Ariff Ahmad (MAS)

Sembang Cendekia Pertama bersama Dr. Muhammad Ariff Ahmad (MAS) telah di adakan pada Sabtu 7 Februari 2009 dari jam 2.00 – 5.00 petang di Dewan Serbaguna KGMS. Bertujuan untuk mengenali para sasterawan setempat secara dekat, sembang ini juga memberikan wadah kepada sasterawan berkongsi dengan para guru, bakal guru dan peminat sastera mengenai pengalaman dalam bidang kekaryawanan dan penulisan. Seramai 60 peserta telah menghadiri sesi tersebut. Sesi selanjutnya akan diadakan pada bulan Mach dengan Sasterawan Suratman Markasan.

Ceramah : Pengurusan Harta untuk Muslim

Ceramah : Pengurusan Harta untuk Muslim telah diadakan pada 14 Februari 2008. Penceramah Saudara Sadali Rasban, penulis buku ”Personal Wealth Management for Muslims,” ”Joint Tenancy in Muslim law” dan lain-lain, dari HTHT Advisory Services Pte Limited. Bertujuan untuk memperkenalkan sistem pengendalian sistem faraid kepada para hadirin. Kerap kali terjadinya masalah apabila si Ayah meninggal dunia dan rumah perlu dijual dan wang dibahagi kepada anak-anak. Masalahnya di manakah si ibu nak tinggal? Mestikah rumah dijual dan duitnya dibahagikan? Soalannya telah terjawab di sesi tersebut. Sesi ini yang dianjurkan oleh Rangkaian Guru-Guru Pesara atau RANGGUMAS

Perkhemahan Pantun, Sabtu 21 Februari 2009

Perkhemahan Pantun, Sabtu 21 Februari 2009 8.00 pagi hingga 5.00 peang, Dewan Kuliah 1, Maktab Rendah Tampines, telah berjalan dengan jayanya. Tidak kurang daripada 100 peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah di merata Singapura dan para guru dan ibu bapa telah menghadiri sesi Perkhemahan Pantun. Di samping mengenali pantun dengan lebih dekat, para ibu bapa pula telah menghadiri sesi ceramah oleh Saudara Sazali Sarwan, Pengarah Kanan Kumpulan, PropNex Realty Pte Ltd mengenai pengurusan kewangan dalam kegawatan ekonomi. Sila lihat galeri.

Dapatkan Kumpulan Cerpen oleh para penulis (mantan guru) dengan potongan harga 10%. Sila lihat kolum: PENERBITAN