Custom Search

Angkatan Muda KGMS

Bersempena dengan sambutan Majlis Makan Malam 2008 KGMS dan dengan kerjasama dengan para anggota belia KGMS telah melancarkan Angatan Muda-KGMS pada 26 Oktober 2008 di Auditorium, OnePeople Sg.

Angkatan Muda KGMS ditubuhkan untuk mencapai citarasa golongan muda yang berdepan dengan era globalisasi, dunia tanpa sempadan yang serba pantas dan mencabar – baik peringkat kekaryawanan mahu pun kekeluargaan. Mereka masih mengejar impian kekaryawanan di samping pembentukkan institusi keluarga yang stabil lagi bahagia.

Bagaimana mengimbangi kedua-dua aspek ini memerlukan wadah dan penyaluran yang sihat dan disini peranan Angkatan Muda, KGMS yang tidak dapat dinafikan.

AM KGMS atau Angkatan Muda KGMS melambangkan suatu pergerakan yang dinamis, penuh bertenaga dan dilambangkan sebagai:
Nadi pengerak yang mempelopori gerakkan dan kegiatan semasa
Tenaga gerakan pelapis yang bakal merajui kepimpinan
Lambang gerakkan terkini, penuh bertenaga, berwibawa dan berkarismatik.

Penubuhannya adalah wajar untuk menyonsong dan mendampingi segala pergerakkan yang lakukan oleh Young NTUC yang mengembangkan sayapnya di dalam berbagai-bagai kegiatan sosial (kekeluargaan), riadah (sukan), dan pendidikan. Bersama-sama Young NTUC, Angkatan Muda NTUC akan menjadi sumber inspirasi pergerakkan Kesatuan Sekerja di Singapura.

JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT MENGENAI ANGKATAN MUDA KGMS HARAP HUBUNGI SAUDARA MOHD NOH DI TALIAN 91016264 ATAU Encik Subari/Cik Khamaliah di talian/sms 64407952 atau fax: 64403521 atau email: admin@kgms.org.sg atau kgms.smtu@gmail.com