Custom Search



Selamat Datang Ke Lelaman Rasmi Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura

tepak

Pengumuman

Lelaman ini telah dikemas kini pada 15hb April 2012

TERBARU:

Untuk senarai kegiatan dan bengkel pelajar untuk tahun 2011, sila tekan tetikus anda di sini untuk muat turun dalam bentuk MS Word.

_________________________________________________________________________

KEGIATAN TERKINI

BUKU TERBARU TERBITAN KGMS
Boleh dibeli di pejabat KGMS. Dapatkanya sekarang!!
Tajuk: Ungkapan Melayu: Pemahaman Dan Masalahnya
Penulis: Tenas Effendy
Terbitan: Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
Harga: $45.00

Sila turun muat ulusan buku dalam bentuk .pdf
_________________________________________________________________________

KEGIATAN YANG LEPAS

Majlis Anugerah Guru Arif Budiman 2011

Majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman 2011 telah diadakan di Grand Ballroom, Hyatt Hotel, Singapura pada 23 Julai 2011. Majlis yang disokong oleh MLLPC mengucapkan tahniah kepada para penerima Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2011:

Cikgu Ariyanti Sukaimi
Teladan – Sekolah Rendah

Cikgu Farizan Md Amin
Perangsang – Sekolah Menengah

Cikgu Salha Mohamad Hussain
Teladan – Sekolah Menengah
_________________________________________________________________________

MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA/HARI GURU & MERAIKAN GURU PESARA 2010
Majlis telah diadakan di Cassia 1 & 2, Union House, Downtown East pada 2 Oktober 2010.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Terhormat, Encik Masagos Zulkifli, Setiausaha Kanan, Kementerian Pendidikan & Ehwal dalam Negeri.

Para undangan termasuklah guru-guru pesara, mantan Anggota Parlimen, Encik Ibrahim Othman dan isteri, Prof Madya Kamsiah dan suami, Dr Roksana, Sasterawan dan Jasawan Suratman Markasan, para Anggota Jawatankuasa Pengelola KGMS dan keluarga mereka.

Acara termasuklah deklamasi 3 kuntum sajak oleh Sasterawan Suratman, teka pantun dan sesi karoke.

DJ Noreha Bajuri telah mengacarakan majlis.

Sila tekan butang “Galeri” untuk melihat gambar-gambar Majlis.
_________________________________________________________________________
MAJLIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN 2010 (AGAB 2010)
Majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman 2010 telah diadakan di Grand Ballroom, Hyatt Hotel, Singapura pada 24 Julai 2010. Majlis yang disokong oleh MLLPC mengucapkan tahniah kepada para penerima Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2010:

CIKGU MULIANA BINTE MOHAMAD
- PERANGSANG (SEKOLAH RENDAH)

CIKGU NORASHIKIN BTE ABDUL HAMID
– TELADAN (SEKOLAH RENDAH)

CIKGU NURISHAM BIN ISMAIL
- TELADAN (SEKOLAH RENDAH)

CIKGU HANIZA BTE ABDUL MANAN
- PERANGSANG (SEKOLAH MENENGAH/JC)

CIKGU HAFSAH BTE MOHD KASSIM
- TELADAN (SEKOLAH MENENGAH/JC)

_________________________________________________________________________
BENGKEL PERIBAHASA MELAYU: MENCARI MAKNA SEBENAR OLEH PAK TENAS EFFENDY DAN PROF MADYA NUWAIRI KHAZA’I DARI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
Bengkel telah di adakan pada Sabtu 17 Julai 2010 dari jam 9.15 pagi sehingga 1.30 petang di Kelab Masyarakat Kg Ubi, 10 Jalan Ubi (S409075)
Sila lungsuri lelaman http://picasaweb.google.com/kgms.smtu untuk melihat gambar-gambar kegiatan terkini.
_________________________________________________________________________
BENGKEL INDAHNYA BAHASA KU: MEMBINA DAN MENGGUNAKAN GURINDAM DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OLEH PROF MADYA ROHIZANI YAAKUB PhD UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Telah dijalankan pada Jumaat 9 Julai 2010 dari jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang di Kelab Masyarakat Bishan.
BENGKEL TATABAHASA OLEH PROF MADYA DR AB.RAZAK AB.KARIM, UNIVERSITI MALAYA- 21 HINGGA 22 JUN 2010 Bengkel Tatabahasa oleh Prof Madya Dr. Ab. Razak Ab Karim, Universiti Malaya
telah dijalankan pada Isnin dan Selasa , 21 dan 22 Jun 2010 di Kelab Masyarakat Bishan 51 BISHAN STREET 13 SINGAPURA 579799.
Bengkel bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin dan dari jam 9.00 pagi hingga 2 petang pada hari Selasa.
Sila lungsuri lelaman www.kgms.org.sg (galeri) untuk melihat petikan gambar-gambar bengkel.
BENGKEL TATABAHASA OLEH PROF MADYA DR AB.RAZAK AB.KARIM, UNIVERSITI MALAYA
Dengan kerjasama MAEC, Kelab Masyarakat Kampung Ubi, seramai 40 orang guru telah mengikuti Bengkel 2-Hari TATABAHASA dari 19 hingga 20 Mach 2010 oleh Prof. Madya Dr. Ab. Razak Ab.Karim dari Universiti Malaya. Memandangkan terlalu ramai peserta yang ingin mengikuti bengkel tersebut, maka satu lagi bengkel yang serupa akan di adakan pada bulan Jun 2010 kelak. Untuk keterangan lanjut sila hubungi admin@kgms.org.sg
DEBAT UNIVERSITI 2010
Buat julung-julang kalinya, KGMS dengan sokongan MLLPC telah berjaya mengadakan DEBAT UNIVERSITI. Peringkat akhir telah diadakan di Kelab Masyarakat Marine Parade pada 6 Mach 2010. Sila lihat Galeri untuk gambar-gambar peringkat akhir dan saringan.

Majlis Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2009
Sabtu, 15 Ogos 2009 – Grand Ballroom, Hyatt Hotel, Singapura
Majlis yang dikelolakan oleh KGMS dengan sokongan MLLPC mengucapkan Tahniah kepada para penerima Anugerah Guru Arif Budiman(AGAB) 2009:

CIKGU HALIMAHTUSSA’DIAH BTE JAFFAR
ANUGERAH GURU PERANGSANG (SEKOLAH RENDAH)

CIKGU HARYATI BTE SURANA
ANUGERAH GURU TELADAN (SEKOLAH RENDAH)

CIKGU AZYANTI BTE MD MUDAKIR
ANUGERAH GURU PERANGSANG (SEKOLAH MENENGAH/MAKTAB RENDAH)

CIKGU NORAISHAH BTE MOSTAPA
ANUGERAH GURU TELADAN (SEKOLAH MENENGAH/MAKTAB RENDAH)

Sila lungsuri lelaman http://picasaweb.google.com/kgms.smtu untuk melihat gambar Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2009
Perlantikan Anggota Jawatankuasa Pengelola Penggal 2009/2011
sila tekan butang "Jawatankuasa" untuk melihat Anggota Jawatankuasa Pengelola yang baru.
Pertandingan Peringkat Akhir Dikir Barat Piala KGMS 2009
Sila tekan galeri untuk melihat gambar-gambar terkini Pertandingan.
_________________________________________________________________________
Ceramah Cendekia II – Prof Tenas Effendy & Prof Nuwairy dari UM
Dewan Serbaguna KGMS – Pada 21 Mach 2009, jam 9 pagi, Prof. Tenas Effendy dan Prof. Nuwairy Hj Khaza’ai telah memberi ceramah “Pemuda Sebagai Pewaris dan Pendukung Utama Kebudayaan Melayu” dan “Penakatan bahasa Melayu dalam ruang berbilang bahasa” kepada tidak kurang daripada 50 para peserta. Turut menghadiri ceramah tersebut termasuklah Pendeta Dr. Muhd Ariff Ahmad (MAS), Sdr A Rahman Daud dari Berita Harian, serta ramai pelajar-pelajar dari Maktab Rendah Innova, Tampines dan para guru pelatih dan anggota KGMS.

Galaxy, Golden Landmark Hotel - 21 Mach 2009, Prof Bapak Tenas Effendy telah memberi ceramah bertajuk:”Penerapan Budaya Dalam Pengajaran Bahasa Melayu” dan Prof. Nuwairy Hj Khaza’ai “Pertimbangan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran bahasa Melayu” di Bilik Galaxy, Golden Landmark Hotel. Berapa orang sasterawan seperti: Dr. Muhd Ariff Ahmad dan isteri, Mohamed Latif Mohamed, Djamal Tukimin dan tetamu lain seperti: A Rahmad Daud (Berita Harian), Drs Masran Sabran (ASAS 50) Cikgu Abu (Pesara) dan ramai anggota JKP, para pelajar,guru-guru dan asatizah telah menghadiri sesi yang diadakan dari jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg.

Sila lungsuri lelaman:http://picasaweb.google.com/kgms.smtu untuk melihat gambar-gambar kegiatan KGMS yang lepas.

_________________________________________________________________________

Untuk Informasi Anda:

Kegiatan lepas bulan Februari 2009, sila tekan tetikus anda disini.
_________________________________________________________________________

Kami menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
Mendapatkan "relief teacher " (guru pesara);
Mendapatkan guru-guru (berdaftar dengan MOE) untuk mengajar Bahasa Melayu dan lain-lain subjek (Tekan tetikus anda disini untuk melihat senarai).; dan
Sesi Siri Rangkaian KGMS setiap Sabtu, akhir bulan dengan penceramah yang bertauliah dengan kepakaran masing-masing.
Masuk percuma dan jamuan ringan disediakan.
(Butiran lanjutkan akan diberikan tidak lama lagi)
Lungsuri lelaman kami untuk mendapat matlumat terkini kegiatan KGMS.

Gambar Siri Rangkaian KGMS yang lepas- Ceramah Memahami Dislexia.

_________________________________________________________________________

Kursus Asas Bertutur Bahasa Mandarin (Modul 1)
Kursus menyajikan pertuturan asas bahasa yang mudah difahami dengan mengunakan dialog dan sebutan hanyu pinyin di dalam suasana yang menyenorokkan dan pembelajaran yang "stress-free".
Untuk keterangan lanjut ,sila tekan tetikus anda disini.

__________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
Blk 55 Lorong L Telok Kurau
#03/04-67 Bright Centre Singapura 425500
Telefon/SMS: +65-64407952 Faksimili: +65-64403521
Alamat e-mel: admin@kgms.org.sg
Alamat Lelaman: www.kgms.org.sg